Tuesday, February 15, 2011

CINTA< LOVE>>





Hari Valentine adalah hari ‘special’ untuk orang-orang bercinta & berksih n bersyg... Tapi kan, kenapa nak tunggu Hari Valentine selama setahun semata-mata untuk meraikan hari ‘special’ meraikan cinta? Sebenarnya setiap hari yang kita lalui, hari-haripun boleh dijadikan Hari Valentine.(cinta kpd Allah, cinta kpd ibu bapa, cinta dri sndiri n cinta pd psangan)..
Isu paling hangat tiap kali tiba Hari Valentine ni adalah isu halal atau haram menyambutnya. Hari Valentine hanya nama kepada sebuah hari, yang jika dikaji dari sejarahnya diambil dari nama seorang Paderi Kristian. bagi org Islam, hukumnya mmg sahla HARAM>>>
Cinta sepatutnya diraikan dan dispecialkan setiap hari bukan hanya pada Hari Valentine saja. Setiap hari adalah hari terbaik untuk kita bercinta. Baik atau tak baiknya hari untuk meraikan cinta ni bergantung pada nawaitu (niat) Anda bersama pasangan Anda.
Sebaik-baik cara untuk meraikan cinta adalah dengan bersembahyang bersama pasangan tanda kesyukuran Anda kepada Allah. Sebaik-baik cara untuk bercinta adalah cinta yang disandarkan kepada Allah.
Cm mana nak bercinta kerana Allah? Jawapannya, cintai seseorang dengan niat mahu membahagiakan dia, supaya rasa bahagia yang Anda perolehi dari mencintai dirinya mendorong Anda jadi semakin bersyukur kerana ditemukan dengannya lantas menambah semangat untuk Anda beribadah dengan lebih rajin kepada Allah. Cinta kepada Allah terhasil dari rasa kesyukuran yang terbit dari kebahagiaan bercinta. Cuba dengar lagu Maher Zain bertajuk “For The Rest Of My Life” untuk memahami cm mana bestnya bercinta kerana Allah.
Cinta kerana Allah merupakan perbuatan apabila Anda mencintai seseorang dengan niat menjadikan cinta Anda kepadanya satu ibadah buat Anda. Anda mencintai dia sehabis baik, berusaha membahagiakan dirinya supaya moga dengan itu Allah memberi pahala atas perbuatan Anda. Moga dari perbuatan Anda itu, hidup Anda dilimpahi cahaya rahmah, membawa masuk sinar keberkatan ke dalam rumah tangga yang Anda bina. Inilah yang kami maksudkan dengan cinta kerana Allah.
Cinta kerana Allah diisi dengan cahaya ibadah. Anda dan si dia bersama-sama melaksanakan ibadah dengan niat menjaga hubungan dnegan Allah juga untuk meningkatkan takwa. Alangkah baiknya dapat menikmati kebahagiaan bercinta dengan membaca Al-Quran bersama-sama, ke masjid bersama-sama, bernikah sebagai ibadah kepada Allah, saling bahagia-membahagiakan sebagai ibadah kepada Allah...

ok..skdar d pinggiran...wassalamu...

3 comments:

  1. haha..papepon,cinta before kahwin is haram..kahwin dulu,then baru bercinta..okayh..=)

    ReplyDelete
  2. cinta berlandaskan agama sah d sisi islam tp hruslah d temani oleh org ke-3 if nk jmpa ke kan...btul tak ustaz..

    ReplyDelete
  3. cinta before kawen xsalah la shafeeq.. cuma cara pembawaan cinta tu kebanyakan org skarang salah tunjuk.. bfore kawen, dok asyik2 tringat.. hati jadik lara.. tu y jdk ke buleh haram tu.. datz y la "jgn DEKATI zina" cinta berlandaskan agama.... rasanya ble kamu da suke dia, ckp kat mak bpk dia, n kalu stuju, trus wat tanda... kalu xmampu lg, oke... wait for meeee!!!!.. tp jgn la plak dok asyik kontek dia.. sy syg awak la.. awk syg sy x... aiseh....
    haih... oke2.. pnjg plak cikLah cloteh.. hee.. b4 g class ISLAMIC estate planning.. wakakaka...

    ReplyDelete